Sunday, 15 June 2014

PENGENALAN PERPUSTAKAAN




DEFINISI

       Satu tempat menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P)  yang diuruskan secara sistematik.menyalurkan maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berilmu , berbudaya,  membaca , berbudaya IT dan kemahiran belajar sepanjang hayat .

OBJEKTIF

  • Meningkatkan taraf P&P dan prestasi pencapaian akademik.
  •   Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan P&P.
  •  
  •   Menggalakkan tabiat belajar sendiri , membaca, dan ingin tahu atau menanya.
  •  
  • Membantu murid dan guru menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan.
  •  
  • Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam semua bidang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa.
  •  
FUNGSI 
 
  •   Agen berpusat  untuk memperolehi, menghasil, mengorganisasi  dan mengedar bahan.
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan dapat diguna secara individu atau berkumpulan.
  • Memberi panduan kepada guru dan murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan yang sesuai.
  • Menilai bahan dari masa ke semasa.
  • Menentukan bahan dan alat dalam keadaan baik.
  • Menentukan bahan sesuai dengan kurikulumnya

No comments:

Post a Comment